Princess Diana Bloggers..:9
Welcome!

Hola Blogger! My name is Diana. You can call me Di. I am the owner of this craziest blog ever. Don't you noticed that? Haha Please be nice here ya.Follo me! I'm one of The Wannababes. The greatest popular group at SSB. Thanks again for viewing my blog!

GPS? Navigate?

Diary About Links

Credits?

Template by : Aina Hanani
Basecodes by : Liyana Izzati
Background : Sis Hafizah
Stuffs by : Aina Hanani
Best view : Google Chrome only

Diana Dee...
Sunday, 26 August 2012 | 00:10 | 0 comments


Siapa Diana Naimi?

Haihh, takkan Di pun tidak tahu? Watak karya AinMaisarah yang paling popular di Sekolah Sri Bangsar dulu. Salah satu ahli dari kumpulan popular lagi kaya dan bergaya The Wannababes! Ini blog peribadi Di yang tersendiri. Hanya The Wannababes dan D'Loves sahaja yang boleh lihat. D'Hatez jangan nak follow blog Di dan comment mencaci maki Di ok! Di takkan terima kata-kata kasar kamu kepada Di. Kalau tak, Di akan saman kamu! RM79000.00 SEBULAN! Faham! Di blog peribadi Di ini, Di akan buat aktiviti, cerita-cerita kehidupan Di yang menarik dan tentang kawan-kawan The Wannababes Di. Kepada D'Loves Di yang sudah follow Di, terima kasih kerana sudah menyokong Di untuk buat blog ini. Dengan komen yang ada di Facebook Di juga sudah menyokong Di untuk membuat blog ini. :) Thanks guys! Gambar di atas itu, itulah Di yang sebenar. Di takkan siarkan gambar Abang Dani dan Danial sehingga waktu yang sudah Di tetapkan. Oh ya, baru-baru ini Di ada buat pertandingan mengedit gambar Di secara terbuka. Sudah dua peserta yang menghantar borang dan gambar mereka iaitu:-

- Deana Rhea
- Amni Adani

Cantik juga hasil editan mereka. Tetapi Di hanya akan pilih 3 orang sahaja pemenang untuk pertandingan ini. Nama 'Deana Rhea' itu, Di sangat suka namanya! Kalau AinMaisarah kata Di ada anak lagi, Di akan letakkan nama itulah. Cehhwahh, sudah melebih nampak. Seperti Di ini pula yang menjadi novelisnya. Haha... Dan kepada pemenang, mereka akan dapat:-

- Tandatangan rasmi Di
- Gambar mereka akan diedit oleh Di sendiri
- Menjadi admin di Kak Diana's Beauty Town page.
- Nama mereka akan tersiar di wall Di.

Cepatlah sertai! NANTI LAMBAT, MENYESAL! Hahaha...Kepada yang tak menang nanti, cuba lain kali ya! Di hanya ingin berlaku adil sesama peminat sahaja. :) Tangan Di ini belum penat menaip. Kalau Abang Dani, baru sampai perkataan ' Di akan saman kamu! ' itu sahaja sudah penat. Nampaknya Di ini memang ada kuasa menaip...*Perasannya Di ini. Belum ada kuasa sudah berangan menjadi superheroin. Haha..Petang Ahad seperti ini memang bosan. Rasa mahu pergi jalan-jalan, tetapi, tiada yang menemani. Huuu...Baiklah, Di mahu pergi ajak Faz untuk ke Pavillion, mahu masuk ke kedai Louis Vuitton, Mahu berbelanja sikit di hari raya macam ini, :) Goodbye!

Love and Hearts,
Diana Naimi.